Wednesday, January 12, 2011

Bila papa mahu kahwin lagi

Ramai wanita yang sensitif apabila  isu poligami diutarakan. Tak siapa sangup berkongsi suami, hidup bermadu hanya menjadi madu bagi si suami tapi hempedu bagi si isteri. Ada kawan-kawan aku yang tertekan akibat masalah keluarga disebabkan si ayah mahu menambah “masjid”.

Tapi aku rasa tidaklah menjadi satu masalah bila seorang lelaki mahu kawin lebih dari satu. Bagi aku itu semua hak mereka. Jika mereka mampu (dan gatal sangat) kawin sajalah sampai penuh empat kotak pun tak ada masalah. Mungkin sebab aku dah set dalam minda aku tak ada hubungan yang akan kekal selamanya, bagi aku setiap pertemuan akan ada perpisahan. Cuma masanya yang cepat atau lambat. 

Lagipun dalam Quran ada ayat yang membenarkan lelaki kawin sampai empat. So, tak ada isu untuk kita mengharamkan apa yang halal disisi Allah. Jadi aku tak faham kenapa ramai yang tak boleh hidup bermadu sampai sanggup bercerai-berai. Apa yang mereka cuba pertahankan sebenarnya? Kasih-sayang? Anak-anak? Harta?

Pernah aku “berdebat” dengan kawan (perempuan) isu poligami ni. Ramai yang marah aku, kutuk pendirian aku, tak kurang juga yang kata aku mulut cibai siap doa-doa lagi biar aku rasa hidup bermadu. Katanya aku belum melangkah dalam alam perkahwinan lagi, apa yang tahu tetang soal hidup bermadu? Tapi begitu juga dengan diaorang. Tak semua hidup bermadu derita, dan tak juga  hidup tak bermadu itu bahagia.

Semua orang kawin sebab tak mahu hidup bersendirian (dan juga sebab seks) tetapi berapa pastikah anda bila anda kawin anda tak akan bersendirian lagi? Ya, bila dah kawin tak bermakna anda tak akan hidup bersendirian lagi, tak bermakna anda kan selalu disayangi, tak bermakna semua impian dan angan-angan anda tentang hidup selepas kahwin akan terlaksana.

Ada juga yang takut hidup bermadu akan menjejaskan hidup anak-anak, ini yang aku cukup bangkang. Adakah jika memilih perceraian akibat tidak mahu bermadu tak akan menjejaskan anak-anak? Ayah aku tak bermadu, tapi adakah hidup aku(sebagai seorang anak) tak tertekan? Ya, aku selalu juga tertekan akibat masalah keluarga aku.

Aku rasa betul apa yang diperkatakan bahawa perkahwinan itu adalah satu perjudian kerana kita tak boleh meramal apa yang bakal berlaku pada nasib kita. Tapi itulah kehidupan, ada hujan dan panasnya.

Namun apabila aku bertambah dewasa semakin aku mempersoalkan tentang dimana rasionalnya tentang perkahwinan? Kenapa kita mahu berkahwin? Mungkin sebab suka-sama-suka, dah cukup umur, dah cukup duit, (fikir) dah cukup ilmu tentang kahwin, sebab dah boleh pegang komitment dalam rumah tangga (dan juga sebab seks).

Tapi bagaimana dengan soal persediaan? Persediaan menghadapi konflik rumah-tangga, kerenah anak-anak, duit belanja yang semakin bertambah(sedangkan gaji tak pernah bertambah). Mungkin kerana kita suka “serahkan semuanya pada Illahi” tentang isu masa depan oleh itu hal cerai-berai berlaku. Ini semua kerana anda masih belum bersedia.

Pepatah jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak bukan bermaksud masalah hakisan tanah berada ditahap yang menjadi-jadi sekarang ni. So pikir-pikir lah balik. Anda dah ready ke belum untuk untuk bina sebuah masjid yang keteguhan seni binanya masih dalam tanda tanya.

No comments:

Post a Comment