Wednesday, December 8, 2010

first step

First step sentiasa menentukan apa yang yang bakal terjadi seterusnya. Contohnya sebelum ni tak pernah-pernah korang kapel. Tiba-tiba ada orang ajak kapel, sebab semua kawan ada pakwe/makwe masing-masing, dan yang  ajak kapel tu pun muka boleh tahan aje, jadi korang terus on. Mungkin masa tu korang fikir untuk seronok-soronok aje, tak pun untuk cari pengalaman, nanti tak lah ada yang kata korang kolot atau ketinggalan zaman.

Tapi pernah korang fikir apa yang akan terjadi seterusnya? Mungkin suatu hari nanti dia ajak masuk hutan untuk melihat “keindahan ciptaan Tuhan”atau mungkin buat “oral test” ke? Pernah tak korang fikir benda tu semua? Aku rasa mungkin sebab sebagai orang MELAYU kita suka berperangsangka baik terhadap semua orang. Betul aku cakap. Contohnya, bila orang letak makanan kat depan batang hidung korang mesti korang belasah aje tanpa fikir apa benda yang ditaruk kat dalam tu kan?

Tujuan aku tulis benda ni kerana aku ada plan untuk cuba-cuba hisap rokok. Tengok orang yang hisap rokok tu macam cool je, lagi pun rokok boleh hilangkan stress dan menguruskan badan. Tapi bila fikir balik bila aku dah start hisap rokok nanti mesti addicted, bila dah addict mesti kena buat keluar duit untuk beli rokok lagipun harga rokok selalu naik, dan penyakit yang bakal menyerang tubuh ini berderet senarainya, serta bila aku nak berhenti nanti kos dan masa yang bakal dibazirkan tak terhintung jumlahnya.

So, alternatifnya aku bersenam untuk menyihatkan badan, dan aku mark yang aku bersenam untuk menghilangkan stress bukan untuk menguruskan badan. Nanti bila badan tak kurus maka akan bertambah stress, bila bertambah stress maka akan bertambah makan banyak, dan lemak yang disimpan bakal mempunyai kawan yang bertambah-tambah lagi banyaknya.

So sentiasalah ingat bahawa setiap langkah pertama yang anda ambil bakal menetukan siapa anda pada masa hadapan. 

Thursday, December 2, 2010

sila baca ini

Semenjak dua menjak ni rasa malas yang amat untuk buka buku. Mungkin sebab pointer yang sangat rendah atau terpaksa repeat paper, jadi perasaan untuk meneruskan pembelajaran terbantut bila aku dah set dalam otak yang mustahil untuk aku berjaya struggle sem ni. Apatah lagi silibus yang semakin bertambah banyak dan bertambah susah.

Ya, aku mengalah. Aku sudah bersiap-sedia untuk mengundurkan diri dan mengambil bidang dalam jurusan lain yang mungkin punya jalan yang cerah buat aku. Sementelah lagi kursus yang aku ambil sekarang ini memang aku tak minat langsung, jadi perasaan untuk memperbaiki diri itu memang tiada, kosong.

Tapi ibu dan ayah aku tidak mengizinkan aku untuk keluar. Kenapa? Sudah berulang kali aku katakan kepada mereka yang aku tidak mampu teruskan lagi, tapi mak dan ayah selalu menyuruh aku supaya bersabar dan belajar dengan lebih tekun lagi kali ini. Mungkin akan ada rezeki dari Illahi yang yang ditulis untuk aku, biar masa menentukan segalanya. Tapi bila? Aku sudah tidak sanggup meneruskan perjuangan ini. Aku sudah tidak kuat lagi.

Mungkin sutu hari nanti aku akan berterima kasih pada ibu dan ayah aku kerana menghalang aku meneruskan niatku. Tapi buat masa sekarang ini aku sudah tidak ambil peduli lagi. Aku berasa amat tertekan. Sudah berulang kali aku katakan itu.

Ya, kadang kala aku mengalirkan air mata. Tapi aku tidak menyalahkan sesiapa. Kerana sejak dulu lagi aku tidak kuat untuk membantah keputusan yang dibuat ayahku kerana mahu menjadi anak yang patuh. Kerana aku selalu diberitahu keputusan ibu bapamu adalah yang terbaik untuk dirimu. Tetapi kini aku ingin mempertikaikannnya.

Adakah keputusan itu untuk kebaikan diriku atau untuk kebaikan diri mereka? Aku tidak suka menjadi anak yang dibangga-bangga oleh ibu bapa. Aku Cuma mahu menjadi anak yang diberi kebebasan untuk menentukan corak hidupnya sendiri. Terlalu banyakkah yang aku pinta darimu ibu, ayah?

Ya, aku punya cita-citaku sendiri, aku punya impian dan angan-angan sendiri, aku punya matlamatku sendiri. Kenapa mereka tidak mahu mendengarnya? Tidakkah mereka menyedarinya? Aku berasa amat kosong sekarang ini. Aku tahu apa yang betul, apa yang salah, apa yang baik dan apa yang buruk untuk diriku. Kerana  kamu telah mengajarku tentangnya ibu, ayah. Jadi sekarang izinkanlah aku untuk mewarnakan kanvas hidupku sendiri.

Bukan aku mahu mengasingkan mereka dari hidupku. Tetapi jikalau aku akan hidup buat berpuluh tahun lagi, aku mahu mengisinya dengan sesuatu yang aku suka melakukannya, bukan dengan sesuatu yang kamu suka jika aku lakukanya.

Ya, mungkin jalan yang aku pilih itu lebih banyak ranjau dan durinya dari jalan yang kamu pilih untukku. Tapi aku akan lebih gembira jika luka itu mendewasakan aku daripada meninggalkan parut yang menyakitkan dihatiku.

Aku mahu kamu dengar suara hatiku. Aku mahu kamu menyokongku, bukan membenarkan kata-kata masyarakat. Mungkin kerjaya pilihanku tidak sepopular doktor, mungkin gajinya tidak sebanyak ahli farmasi, mungkin kerjayanya tidak terjamin seperti doktor gigi. Tetapi yang pasti aku akan gembira, aku akan berusaha untuk kerjayaku, bukan semata demi duit, kerana aku tahu puas dengan apa yang aku ada. 

susah atau senang, kita tetap bersama

Aku selalu merungut tentang betapa susahnya hidup aku.  Bukan akibat tak cukup makan atau terlebih makan tapi soal perjalanan hidup aku. Aku tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga, selalu duduk di dalam rumah, keluar pun bila terasa amat bosan atau bila rumah terbakar saja.

Jadi apabila sudah terpaksa tinggal beratus kilometer jauhnya dari keluarga, ditempat yang tiada saudara-mara memang buat aku berasa amat tertekan. Aku selalu menelefon ibu dan kakak aku untuk menaikkan semangat dikala aku terasa amat keseorangan di tanah asing ini.

Jadi disini aku mahu mengucapkan terima kasih pada ibu kerana menenangkan hati aku, menggembirakan aku dan menaikkan semangat aku dikala aku memerlukannya. Terima kasih juga pada kakak ku yang menggantikan tempat ibu jikalau aku tidak dapat menghubunginya. Terima kasih juga buat ayah yang menaip i love you pada akhir baris mesej yang dihantar. Sesungguhnya aku menghargai semua itu.

Selepas kelas tadi semasa aku menaiki bas ada seorang mamat bangla atau nepal mungkin, yang duduk di depan aku. Apa pandangan korang terhadap golongan imigran ni? Mesti korang kata yang mereka tu busuk, kotor, penyamun atau penyanggak bukan? Itu korang yang kata bukan aku. Haha.

Apa yang aku mahu sampaikan disini adalah rasa kagum aku terhadap semangat diaorang untuk cari sesuap nasi. Sanggup meniggalkan keluarga dan tanah air diaorang untuk hidup di bumi asing yang berlainan budaya dan bahasa. Aku yang duduk sejauh 200 kilometer ni pun dah menjerit hendak pulang  tiap-tiap minggu apatah lagi diaorang yang tinggal 2000 kilometer jauhnya.

Mungkin ini tanda sayang dari Illahi agar aku tidak berfikir hanya diri aku sahaja yang punya rasa begini, kerana masih ada mereka yang lain yang lagi hebat ujiannya dari Pencipta. Aku amat bersyukur kerana telah dibuka mataku untuk melihat apa yang selalu aku kaburi dengan amarah yang dikawal syaitan.


Kini aku berasa lebih tenang, maka ucapan sayang dan rindu dariku pada keluarga yang sentiasa disisiku walaupun kalian jauh dimata. Aku tidak munggkin dapat menghadapi semua ini tanpa kasih sayang kalian serta rahmat dan pertolongan dariNya. Sedari aku kini bahawa aku mungkin bersendirian tapi tidak mungkin keseorangan lagi. Tiada apa yang tidak dapat untuk ditempuhi jika kau fikirkan Dia akan sentiasa bersamamu untuk mengharunginya.