Thursday, December 2, 2010

susah atau senang, kita tetap bersama

Aku selalu merungut tentang betapa susahnya hidup aku.  Bukan akibat tak cukup makan atau terlebih makan tapi soal perjalanan hidup aku. Aku tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga, selalu duduk di dalam rumah, keluar pun bila terasa amat bosan atau bila rumah terbakar saja.

Jadi apabila sudah terpaksa tinggal beratus kilometer jauhnya dari keluarga, ditempat yang tiada saudara-mara memang buat aku berasa amat tertekan. Aku selalu menelefon ibu dan kakak aku untuk menaikkan semangat dikala aku terasa amat keseorangan di tanah asing ini.

Jadi disini aku mahu mengucapkan terima kasih pada ibu kerana menenangkan hati aku, menggembirakan aku dan menaikkan semangat aku dikala aku memerlukannya. Terima kasih juga pada kakak ku yang menggantikan tempat ibu jikalau aku tidak dapat menghubunginya. Terima kasih juga buat ayah yang menaip i love you pada akhir baris mesej yang dihantar. Sesungguhnya aku menghargai semua itu.

Selepas kelas tadi semasa aku menaiki bas ada seorang mamat bangla atau nepal mungkin, yang duduk di depan aku. Apa pandangan korang terhadap golongan imigran ni? Mesti korang kata yang mereka tu busuk, kotor, penyamun atau penyanggak bukan? Itu korang yang kata bukan aku. Haha.

Apa yang aku mahu sampaikan disini adalah rasa kagum aku terhadap semangat diaorang untuk cari sesuap nasi. Sanggup meniggalkan keluarga dan tanah air diaorang untuk hidup di bumi asing yang berlainan budaya dan bahasa. Aku yang duduk sejauh 200 kilometer ni pun dah menjerit hendak pulang  tiap-tiap minggu apatah lagi diaorang yang tinggal 2000 kilometer jauhnya.

Mungkin ini tanda sayang dari Illahi agar aku tidak berfikir hanya diri aku sahaja yang punya rasa begini, kerana masih ada mereka yang lain yang lagi hebat ujiannya dari Pencipta. Aku amat bersyukur kerana telah dibuka mataku untuk melihat apa yang selalu aku kaburi dengan amarah yang dikawal syaitan.


Kini aku berasa lebih tenang, maka ucapan sayang dan rindu dariku pada keluarga yang sentiasa disisiku walaupun kalian jauh dimata. Aku tidak munggkin dapat menghadapi semua ini tanpa kasih sayang kalian serta rahmat dan pertolongan dariNya. Sedari aku kini bahawa aku mungkin bersendirian tapi tidak mungkin keseorangan lagi. Tiada apa yang tidak dapat untuk ditempuhi jika kau fikirkan Dia akan sentiasa bersamamu untuk mengharunginya.

No comments:

Post a Comment