Tuesday, October 26, 2010

kisah cinta remaja saya

seriously aku memang buta bab cintan cintun ni. sepanjang kehidupan aku pun aku hanya berkapel sekali selama lebih kurang 3 minggu. sebab bosan. aku rasa berkapel tu merupakan sesuatu perkara yang susah lagi menyusahkan. masa aku kapel dulu, bila kekasih hati aku suruh aku ungkapkan kata cinta seperti sayang, rindu atau cinta(ok sila muntah sekarang) aku boleh sebut perkataan tersebut 5 kali sehari tanpa apa-apa perasaan pun. adakah itu yang dimanakan cinta? sekadar ungkapan sayang untuk membuatkkan hari bertambah ceria?

lagipun masa aku naik sekolah menengah baru aku tau perkataan kapel ni dan apa fungsinya dalam kehidupan seharian manusia. jadi bila kawan sekeliling ada kekasih hati maka aku juga ingin mencari satu. maka berlakulah proses penggalakan dimana saya bermesej-mesejan dengan lelaki yang tidak dikenali dari pagi ke malam. mesej-mesej bodoh seperti "dah bagun ke?" "dah mandi ke?" memenuhi inbox. handfon juga tidak lekang dari tangan sampai masuk jamban pun bawak handfon. bila handfon bergetar(buat silent mode takut parents tau) hati juga turut bergetar. ya aku juga pernah melalui proses tersebut, zaman mabuk cinta.

kenapa cinta itu buta? kerana bila jatuh cinta kita akan melakukan perkara yang tak masuk dek akal. ada kawan aku sanggup bermusuhan dengan kawan baik sendiri sebab nak menangkan kekasih hati kerana kekasih hati dituduh sebagai kaki perempuan oleh kawan baik(dan memang ya lelaki tersebut tidak lebih dari sekadar buaya longkang)

dalam kes lain, cinta juga tidak mengenal paras rupa. pernah sekali kawan aku menunjukkan sekeping gambar sekumpulan lelaki kepadaku, suruh aku meneka siapakah kekasih hatinya. sering kali dia gembar-gemburkan kepadaku bahawa kekasih hatinya sangat handsome dan digilai ramai wanita diluar sana. then aku tekalah satu persatu dari yang paling sedap mata memandang hingga yang "la takkan yang ni kot muka macam penagih dadah jer aku tengok" laju perkataan tersebut keluar dari mulutku, kulihat mukanya semerta menjadi merah. mujur la sempat aku cover kan tak pasal-pasal berlaku adegan tarik-tarik tudung pula.

ok entry sudah terlebih panjang harus berhenti disitu.

p/s : berat badan semakin bertambah. what should i do? '=_=