Tuesday, November 23, 2010

demi masa sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian

Apa yang akan kau lakukan jika kau bisa memiliki masa? Adakah kau akan menekan butang berhenti atau butang ulang kembali sekiranya masa itu seperti remote kawalan dan hidup itu terbentang di atas skrin? Adakah rasa ingin tahu kau tentang masa hadapan terjawab? Adakah kau akan mengubah hidupmu dan menolong ubah hidup mereka yang lain? Jika aku sudah tentu aku akan jadikan diriku pemerintah dunia. Haha. Sungguh klise.

Masa boleh menjadi sesuatu yang melapangkan jika diguna sebaiknya, tetapi akan menjadi sesuatu yang menyesakkan jika kau gunakan sebaliknya. Tahukah kau masa itu memegang seribu satu rahsia yang tidak mungkin kau ketahui tanpa melewatinya?  Tahukah kau masa itu menjanjikan sesuatu untuk dirimu? Tahukah kau masa itu akan mengulangi sejarah jika kau tidak mempelajari sesuatu darinya? Ya, aku akui ramai yang tahu itu. Akan tetapi berapa ramai yang menyedarinya sentiasa?

Aku akui ada kalanya aku terleka, membiarkan masa berlalu tanpa beribadah kepadaNya, tanpa ada rasa sekelumit rindu kepadaNya, tanpa ada mengingatiNya. Sedari aku masa yang ku buang begitu sahaja bakal diulang tayang dihadapanku suatu hari nanti, dimanakah akan aku sembunyikan rasa maluku kepadaNya bila hari itu tiba?

Aku amat takut untuk menghadapi perkara yang mendatang, takut aku tidak bersedia untuk kejutannya. Banyak perkara yang aku takutkan dalam dunia ini. Masa adalah satu darinya. Kematian, itu sesuatu yang pasti, sesuatu yang telah dijanjikan Illahi sejak azali lagi, tapi masanya akan sentiasa menjadi rahsia.

Kumpulah sebanyak ilmu yang kau mampu. Kerana esok merupakan sesuatu yang belum pasti, hanya yang pasti tentu kau akan memperoleh maanfaat darinya. Orang tua-tua tidak membuat pepatah ilmu itu penyuluh hidup hanya kerana bosan selepas menguyah sireh yang tak mengenyangkan. Tetapi kerana masa telah mengajar mereka, agar hidup kau tidak dibazirkan begitu saja.

Ramai yang menasihati sesama manusia akan apa yang masa telah mengajar mereka. Tetapi kalau kau tidak alpa dari mengingatinya kau bukanlah manusia, kerana manusia itu selalu terlupa. Jadi luangkanlah seminit dua selepas solat dengan muhasabah diri. Tunduklah pada Penciptamu kerana kau tiada apa untuk diangkuhkan. Semua yang kau miliki hanyalah pinjaman dariNya.

Masa telah mengajarku banyak perkara, semuanya dilukis diatas lembaran hidupku tanpa aku sedari. Namun masih banyak yang perlu aku tempuhi agar diriku dapat menjadi seteguh karang, kerana aku masih takut untuk berumah di tepi pantai, takut jika dibadai ombak.

Perjalan aku masih lagi jauh, namun bukan destinasinya yang aku cari, tapi jalannya yang berliku yang beronak duri akan ku hargai. Kerana suatu hari nanti bila aku tempuhi cabaran mendatang aku akan mempu tersenyum kerana masa itu telah mendewasakan aku.

Monday, November 8, 2010

siapa yang lebih luncah?

hidup ni kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. ni adalah status kawan aku yang dicuri dari facebook. nak saja aku post komen yang berbaur luncah, tapi aku pendamkan sahaja memandangkan aku tak mahu dilebel sebai peluncah seumur hidup aku.

diantara lelaki dan perempuan siapa yang lebih luncah sebenarnya? kalau perempuan sebabnya mereka mempunyai sembilan nafsu, tapi perogol hampir kesemuanya lelaki. teringat aku tentang satu fakta yang perempuan berfikir pasal seks sebanyak sekali sehari manakala lelaki berfikir pasal seks sebanyak sekali setiap jam.

aku ada sorang kawan lelaki yang sangat open untuk membincangkan perkara berkaitan seks ni. pernah sekali aku 'berbahas' dengannya soal ke-relevant-an pendidikan seks di sekolah. pendirian aku? tentulah aku bantah habis-habisan. dan dia? tentulah dia setuju habis-habisan. siapa yang menang? aku dah tak ingat. haha

tapi kalau dia nak masukkan bab seks dalam perbualan antara kawan-kawan aku. aku akan cakap "STOP". korang boleh panggil aku kolot ke apa ke. tapi sampai aku mati pun aku tak akan berbual tentang SEKS dengan orang lelaki, tak kiralah kawan atau sedara-mara ke, no and never.

pernah tak korang buat phone sex? ada sorang kawan (perempuan) aku pernah buat. siap bangga lagi cerita kat orang, masa dia cerita aku memang susah nak percaya sebab muka dia sangat innocent dan dia pakai tudung lebih labuh dari orang lain punya. sejak hari tu aku sentiasa nasihatkan kawan-kawan (lelaki) aku agar tidak mengukur keimanan perempuan berdasarkan labuh tudungnya.

masih teringat lagi cikgu aku kata lelaki bagi cinta untuk seks, perempuan bagi seks untuk cinta.

Wednesday, November 3, 2010

tips meniru dalam peperiksaan

siapa yang tak pernah meniru dalam exam angkat tangan. (aku bayangkan tak ada siapa yang angkat) well, siapa yang tak pernah meniru? dari zaman tok nenek moyang aku sampai sekarang semua suka main tiru-meniru time exam cuma caranya saja yang bebeza. mungkin dulu orang meniru guna walkie talkie sekarang orang guna iphone. 

dari aku sekolah rendah sampai habis sekolah menengah aku selalu saling 'tukar-tukar pendapat' dengan kawan aku time exam kecuali exam besar seperti UPSR, PMR, SPM tu tak tirulah, nak meniru macam mana brader woi?

pelbagai cara yang telah digunakan oleh budak-budak sekolah aku untuk meniru. letak nota bawah meja(lame). tulis jawapan kat lengan, bawah tudung, atas kain sekolah, kat stoking, kat dinding, atas meja. letak nota dalam poket dan pergi tandas 10 kali untuk lihat nota. letak nota kat tepi-tepi koridor dan amik nota to bila on the way nak pergi tandas. letak buku dalam tangki pam jamban(ni yang paling teruk, buku agama pun ada). tulis jawpan atas pemadam, pembaris atau kalkulator lepas tu main pinjam-pinjam barang tersebut. bahasa insyarat. tu je yang aku dapat pikir sekarang.

tapi kenapa budak sekolah rata-ratanya suka meniru? salahkan sistem pendidikan yang semata-mata kearah peperiksaan. jadi semua pelajar terdesak nak score, secara tak langsung proses tiru-meniru berlaku. sekarang ni pun subjek-subjek seni dan kesihatan semakin dipinggirkan dan subjek-subjek sains semakin ditekankan. aku memang tak setuju dengan perkara ni. masa aku sekolah dulu dalam setahun adalah sekali aku turun ke padang masa PJK selebihnya duduk dalam kelas sebab cikgu malas nak turun ke padang.

aku harap sistem pendidikan akan berubah suatu hari nanti untuk kebaikan pelajar itu sendiri.