Sunday, January 23, 2011

One Night Only

Selama ni aku tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana majlis dinner seperti yang aku pergi semalam. Tema majlis itu membuatkan aku berfikir tentang One Night Stand, tak tahu kenapa, mungkin kerana temanya juga ada nama One Night. Well, apa yang aku nak cerita adalah apa yang aku nampak dan yang aku analisa dari majlis semalam.

Firstly, almost all of the student went there by bus, not like I always imagine, with Lamborghini, or limousine or antique cars, bila sampai ada orang tolong bukak pintu, walk on the red carpet and all cameras are flashing untuk amik gambar anda. Yeah mungkin angan-angan aku terlalu tinggi, perlu ingatkan diri sendiri sedang menghadiri majlis makan malam bukan anugerah Oscar.

Semua boys and girls cantik-cantik dan hensem-hensem belaka, ada yang bergaya seperti artis dan ada juga yang slumber pakai t-shirt biasa, dan ada yang pakai kopiah (giler respect kat mamat ni), aku pakai baju kurung jer, tak ada duit nak beli dress untuk dipakai satu malam ajer.

Selepas dengar ucapan perasmian yang berjela-jela, kami dijamu dengan makanan yang nasi-minyak-orang-kawin-pun-lagi-sedap-la, nasib baik aku dapat control diri dari ludah balik sayur yang entah apa namanya.

Masa makan kami disajikan dengan persembahan nyanyian yang menghiburkan. Maksud “menghiburkan” aku disini ialah sila banyangkan Mr. Bean sedang menyanyi dihadapan anda. Salah satu lagu yang dinyanyikan sampai lagu nak habis baru aku dapat teka yang itu adalah lagu poker face. Jika mahu adakan game teka lagu aku rasa memang sesuai.

Ada juga yang buat drama masa menyanyi dengan melutut dan bagi bunga ros. Pernah tak korang rasa apa yang korang imagine is better than in the real life, well I think that is one of those moments.  Dan kepada yang amat berani nyanyi lagu Love The Way You Lie tu, you guys really “kill” the song, “kill” disini bermaksud what-the-heck-are-you-thinking-by-singing-the-song ?

And meja aku juga tak menang lucky draw, yang aku dapat hanyalah souvenir yang bakal disimpan sampai berhabuk bawah katil. So, apa yang best tentang dinner ni ialah desert-nya dan persembahan-persembahan yang hilarious. Jadi next time jika aku dijemput untuk ke majlis-majlis macamn ni lagi mungkin aku akan pergi kalau menunya ialah KFC or McD or Pizza Hut, at least aku tahu yang ianya sedap. 

Tuesday, January 18, 2011

V = IR

Hari ni dapat markah test physic, and as expected, I failed “fantastically”. Well, at least aku bukan yang paling rendah (second last), and markah aku lebih dari suku peratus, satu petanda baik bukan? Although I want to pass with flying colour result (ayat karangan bahasa inggeris form 5) but I cant force myself to “fall in love” with physic. Not with all those formulas to be memorized and numbers, oh God I REALLY REALLY REALLY hates numbers.

Walaupun aku tak suka (baca : benci) physic tapi aku tak boleh menyangkal bahawa orang physic banyak menabur bakti dalam bidang sains luar dari cabang physic. Lecturer biology aku kata bahawa kebanyakan vaksin-vaksin ditemui oleh orang physic, bukan orang biology, orang physic yang menjumpai teori manakala orang biology yang menjalankan practikalnya.

Sebab itulah bila seseorang tu master dalam math maka subjek-subjek sains lain akan menjadi sesenang kacang butir bagi mereka. Kerana math itu adalah ibu bagi segala subjek sains, maka sebab itulah syarat wajib kalau anda semua mahu amik aliran sains kena power dalam sujek math.

Disebabkan otak aku amat lembab mengira maka aliran sains amatlah tidak sesuai untuk diri aku. Seriously, I can’t do a simple math question and I can’t remember the multiplication table very well. Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh pass add math time SPM dulu. Mungkin pemeriksa itu sangat baik hati ataupun graf permakahan diturunkan untuk manusia-manusia yang macam aku.

Oleh itu aku amat menyarankan kerajaan supaya tiru sistem peperiksaan Jepun dengan mengadakan ujian kemasukkan ke universiti supaya seseorang itu boleh tahu kekuatan dan kelemahan masing-masing. Agar tidak membazir masa dengan aliran yang tidak sesuai untuk diri mereka (baca : aku).

But, at least now I’ve known my path after this long and tiring short period of time, what I want to be, where I’m going to go. And I’m gonna make sure that no one will stand on my way, not even my dad. Sorry dad, if you want a daughter to be a doctor so you can brag about it in front of your friend, that daughter is not gonna be me. (argh broken English)

So, berdasarkan mood aku hari ini aku mahu dedicate lagu ini kepada someone yang pernah jatuh dalam hidup mereka dan berani untuk bangkit kembali. Someone like me. J



~enjoy~

Sunday, January 16, 2011

cara-cara buat anak

Hari ni belajar tajuk yang paling best sekali dalam sukatan pelajaran biology, REPRODUCTION”. Sebut sahaja reproduction maka seluruh hari para muda-mudi menjadi gentar. Apatah lagi apabila “dipaksa” untuk melihat model reproductive organ, semua semangat saja nak belajar, sesuatu perkara yang amat jarang berlaku terutama dengan subjek biology yang amat terkenal sebagai subjek ubat tidur. 

Aku tak tahu macam mana perasaan budak perempuan yang disuruh mengangkat model reproductive organ dihadapan kelas itu tadi, excited mungkin? Yang pasti aku berasa amat kemalu-maluan sehingga duduk belakang sekali sepanjang sesi penerangan fungsi reproductive organ itu (alasan, sebenarnya duduk belakang sebab nak borak ).

Masa disuruh melukis cell, ada juga budak perempuan yang buat lawak “mintak sperm” dengan budak laki. Walaupun kejadian tersebut tidak disengajakan tapi lawak luncah memang mudah untuk ditangkap oleh otak muda-mudi seperti mereka (aku tak) semua.

Tapi yang pasti aku amat benci topic reproduction ni sebab tertalu banyak untuk dihafal atau diingati, bukan cara-cara buat anak tu, tapi organ-organ, system-system dan proses-proses yang berlaku. Contohnya, bila “buat” malam ni kira-kira bila sperm akan jumpa ovum. Bila waktu yang paling sesuai untuk proses pensenyawaan dan sebagainya.

Dan yang paling aku benci dalam yang aku benci adalah proses menstruation. Yang aku tahu dalam beg wajib spare pad satu, dalam satu bulan wajib cuti, tu aje. Tak ada masa aku nak kira-kira bila time subur-subur ni. Proses ovulation sumua haram jadah tu. Time SPM dulu aku main tinggal kosong aje satu page bila keluar bab ni. Malas nak menghafal banyak-banyak.

Jadi aku tak pasti bila aku akan start buka buku dan menghafal benda alah ni semua. Tapi yang pasti adalah agak sukar untuk aku menumpukan perhatian terhadap vagina dan testis tadi bila aku lihat semua muka penuh semangat untuk belajar dan ada sorang classmate aku kata salah satu organ dalam male reproductive system tu bentuknya macam cheese. CHEESE you olls.

kasut baharu

Last Saturday (which is kelmarin) aku outing ke times square, banyak kejadian aneh yang aku alami bila menjadi pengawal tak bertauliah dekat stesen komuter. Masa aku berdiri lama tepi tempat cucuk tiket (aku pun tak sure apa nama benda alah tu) aku dapati bahawa ramai orang sebenarnya tak tahu cara untuk cucuk tiket tu. Jadi bila anda tersalah cucuk tiket itu, ketahuilah anda bahawa bukan anda seorang sahaja yang begitu.

Masa tu juga ada program explore race, aku amat pasti sebab semua pakai baju sama, bawak nota bagai dan setiap group ada empat orang. Membuat aku perasan yang aku tak pernah masuk aktiviti macam tu, aku aku tahu hanyalah buku, buku dan buku, “indahnya” hidup aku.

Lepas merewang kat times aku ke plaza low yat dan sungei wang(eja cam ni kan?). Oh lupa nak bagi tahu masa aku on the way nak pergi sana ada satu group ni yang suruh aku sain petition diaorang. Bila aku tanya petition ni untuk apa, diorang kata untuk support barang kraf diaorang. Aku ok je la kan, bila lagi nak buat amal jariah macam ni, masa nak sain tu aku perasan ada petak kena isi nombor, ada yang isi 10, 20 cam tu. Bila aku tanya ni nombor apa  diaorang macam tak nak bagi tahu, bila aku desak-desak diaorang still berdolak-dalih, aku terus rasa tak sedap hati. So aku blah la, tak sain apa-apa pun. Dibuatnya sebenarnya aku sain untuk kasi buah pinggang aku baru haru jadinya.

Sebenarnya aku keluar untuk beli kasut baharu, tapi dah nama pun perempuan, lepas jalan setengah hari baru jumpa yang berkenan dihati. Oh aku terlupa sekali lagi yang aku nak cerita pasal budak perempuan yang dicuri dompet, kejadian tu berlaku masa dalam bas, sebab bas penuh aku pun tak persan bila pickpocket tu buat kerja. Biasanya benda macam ni selalu dengar dari mulut orang jer tak pun baca dalam paper. Bila berlaku betul-betul depan mata aku rasa amat simpati kat orang tu. Lepas tu tangan asik seluk kocek jer untuk cek dompet dan phone.

Ok la, aku nak pergi belek nota biology pulak, esok ada quiz, nanti tak la aku jadi zirafah, duk terhendap-hendap paper orang. 

oh my backbone

Setelah difikir balik rasanya dah lama aku tak pergi berurut, hari ini setelah diurut pecacai  (baca : kawan) aku rasa sangat segar dan bertenaga sekali selepas tidur 3 jam sahaja semalam untuk siapkan lab report. Sekarang ini masanya untuk berehat-rehat dan bersenang-lenang selepas satu minggu yang hectic dengan test, presentation dan lab yang tak berkesudahan.

Tapi hati sedikit gembira bila menyedari lab semakin sudah hampir nak habis bagi sem ini. Tapi bila lab sudah tamat itu merupakan petanda kecil bahawa exam final semakin menghampiri. Adakah aku sudah bersedia? Jawapannya : aku tak berapa nak kisah berapa pointer aku akan dapat sebab aku memang dah tak kisah, titik, the end.

Petang ni aku berjaya menyental daki-daki degil yang melekat dekat baju yang dah seminggu aku perap. Bahagia sungguh rasanya. Sekarang bagi sedang direndam dengam downy agar baunya kekal harum sentiasa.  Menu malam ini pula ialah roti yang sudah hampir tarikh luputnya, harus dimakan supaya aku tidak menjadi sahabat syaiton, ibu juga selalu bilang supaya jangan selalu makan magi(apa kena-mengenanya?)

Malam ini juga harus dimulakan kerja menbuat assignment agar tidak berlaku proses tiru-meniru secara extreme bila kerja dibuat last minute. Esok pagi pula mahu bertolak ke mall untuk mencari pengganti kasut yang sudah berada di taraf jahanam. Plan seterusnya adalah untuk buat lab report serta tutorial dan sedikit ulang kaji untuk subjek-subjek yang dijanjikan quiz pada minggu depan.

Bila difikir balik, dimana waktu rehat secara maksima pada hari minggu? Siapa yang kata masuk universiti boleh rilex-rilex harus disepak secara ganas. Sungguh aku sedang stress sekarang ni.

Thursday, January 13, 2011

F = ma

Dalam banyak-banyak subjek yang aku belajar, tak ada subjek yang paling susah, payah dan gila nak mampus dari physic. Dah lah formula banyak gila nak kena hafal, lecturer pulak ajar laju gila macam esok dah nak kiamat. Maka aku jadi semakin gila, bila aku semakin gila otak aku terus shut down. Oleh itu time lecture physic confirm aku tidur/berangan paling baik pun aku doodle kat atas kertas nota aku. 

Jadi aku amatlah respect pada sesiapa jua dalam dunia ni yang terlibat dalam bidang physic, kudos pada anda semua. Menurut result exam sem lepas aku yang selalu dapat markah 1-9 over 100. Maka aku amat sure pada sem ini aku bakal gagal dengan gemilangnya.

Baru tadi jawab test physic, lecturer aku siap ugut siapa yang fail physic dia akan hambat dari kelas. Jawapan aku “Miss, please la hambat saya. Saya dah tak sanggup nak menghadap buku physic tu lagi dah la berat buku tu 3 kilo lebih(betul tau, aku timbang dalam lab hari tu) perkataan pulak banyak mengalahkan ensiklopidia, sangat tidak bermakna untuk orang macam saya” dan dah tentu aku jawab dalam hati ajer.

Bila time lab, aku yang selalunya marah-marah bila kawan buat kerja tak betul, menjadi sebegitu pasif bila masuk lab physic. Aku selalu duduk diam atas kerusi dan pura-pura baca lab manual. Dan bila lecturer cerita cara-cara untuk conduct experiment aku akan duduk belakang tiang supaya lecturer tak nampak aku(main sembunyi-sembunyi pulak).

Jadi berdasarkan faktor-faktor diatas aku tak sanggup untuk tanya diri aku bila aku akan pandai physic. Kerana bagi aku sampai bila-bila pun physic tetap suck-ass.

Wednesday, January 12, 2011

iron face lady

Dalam ramai-ramai lecturer aku ada seorang lecturer yang aku suka gelar sebagai TE KAME(kalau aku tak salah cara sebutannya memang macam ni). Te Kame ni kalau korang pernah tengok My Boss My Hero(drama jepun) korang akan perasan yang Sakaki Makio(watak utama) selalu panggil cikgu kelas dia sebagai Te Kame sebab cikgu tu garang dan suka seksa dia dengan kerja rumah yang melambak.

Te Kame bermaksud muka besi (ikut subtitle dalam cerita) so aku panggil lecturer aku ni sebagai Te Kame sebab dia suka seksa aku dengan kerja yang melambak-lambak. Dah la garang semacam, lepas tu bila orang tanya soalan dia tak nak jawab. Dalam kelas asyik belek-belek iphone jer.

Tahun ini dia kahwin, maka perangainya (teramat) sedikit berubah dari tahun lepas. Dia sudah tidak marah-marah dan suka buat lawak. Lawak yang paling best adalah lawak pecah kepala, contohnya “kalau awak buat pecah slide ini, maka pecah lah kepala awak” lawak kan?

Walaupun perkahwinan dia membawa (teramat sedikit) kebaikan buat aku. Namun keburukkannya teramatlah banyaknya. Disebabkan majlis perkahwinan dia dilangsungkan selama 10hari 10malam, maka kelas kami telah ketinggalan banyak topik, oleh itu kelas ganti terpaksa di adakan.

Bab buat kelas ganti tu aku tak kisah lah. Tapi yang buat kelas ganti masa rehat tu ape-kejadah-namanya-tu. Dah la kelas straight dari pukul 9 pagi sampai 6 petang, masa rehat dua jam pulak diambil buat kelas ganti. Bila kelas terakhir tamat jam 6 petang, semua muka macam zombie lapar nak terkam kambing.

Dah tu dia boleh pulak marah-marah suruh siapkan kerja, langsung tak ada belas kasihan. Aku rasa tentu banyak pahala yang dia dapat hari tu dari umpatan, cacian dan makian. Sekarang ni siapa yang kahwin, madam ke kami? Kenapa seksa kami sebegini rupa, apa salah kami.

Hari ini masa dalam kelas, Te Kame jalan tepi aku, aku nampak kakinya cedera, aku tak boleh halang diri aku dari berfikir ini adalah balasan dariNya.

Bila papa mahu kahwin lagi

Ramai wanita yang sensitif apabila  isu poligami diutarakan. Tak siapa sangup berkongsi suami, hidup bermadu hanya menjadi madu bagi si suami tapi hempedu bagi si isteri. Ada kawan-kawan aku yang tertekan akibat masalah keluarga disebabkan si ayah mahu menambah “masjid”.

Tapi aku rasa tidaklah menjadi satu masalah bila seorang lelaki mahu kawin lebih dari satu. Bagi aku itu semua hak mereka. Jika mereka mampu (dan gatal sangat) kawin sajalah sampai penuh empat kotak pun tak ada masalah. Mungkin sebab aku dah set dalam minda aku tak ada hubungan yang akan kekal selamanya, bagi aku setiap pertemuan akan ada perpisahan. Cuma masanya yang cepat atau lambat. 

Lagipun dalam Quran ada ayat yang membenarkan lelaki kawin sampai empat. So, tak ada isu untuk kita mengharamkan apa yang halal disisi Allah. Jadi aku tak faham kenapa ramai yang tak boleh hidup bermadu sampai sanggup bercerai-berai. Apa yang mereka cuba pertahankan sebenarnya? Kasih-sayang? Anak-anak? Harta?

Pernah aku “berdebat” dengan kawan (perempuan) isu poligami ni. Ramai yang marah aku, kutuk pendirian aku, tak kurang juga yang kata aku mulut cibai siap doa-doa lagi biar aku rasa hidup bermadu. Katanya aku belum melangkah dalam alam perkahwinan lagi, apa yang tahu tetang soal hidup bermadu? Tapi begitu juga dengan diaorang. Tak semua hidup bermadu derita, dan tak juga  hidup tak bermadu itu bahagia.

Semua orang kawin sebab tak mahu hidup bersendirian (dan juga sebab seks) tetapi berapa pastikah anda bila anda kawin anda tak akan bersendirian lagi? Ya, bila dah kawin tak bermakna anda tak akan hidup bersendirian lagi, tak bermakna anda kan selalu disayangi, tak bermakna semua impian dan angan-angan anda tentang hidup selepas kahwin akan terlaksana.

Ada juga yang takut hidup bermadu akan menjejaskan hidup anak-anak, ini yang aku cukup bangkang. Adakah jika memilih perceraian akibat tidak mahu bermadu tak akan menjejaskan anak-anak? Ayah aku tak bermadu, tapi adakah hidup aku(sebagai seorang anak) tak tertekan? Ya, aku selalu juga tertekan akibat masalah keluarga aku.

Aku rasa betul apa yang diperkatakan bahawa perkahwinan itu adalah satu perjudian kerana kita tak boleh meramal apa yang bakal berlaku pada nasib kita. Tapi itulah kehidupan, ada hujan dan panasnya.

Namun apabila aku bertambah dewasa semakin aku mempersoalkan tentang dimana rasionalnya tentang perkahwinan? Kenapa kita mahu berkahwin? Mungkin sebab suka-sama-suka, dah cukup umur, dah cukup duit, (fikir) dah cukup ilmu tentang kahwin, sebab dah boleh pegang komitment dalam rumah tangga (dan juga sebab seks).

Tapi bagaimana dengan soal persediaan? Persediaan menghadapi konflik rumah-tangga, kerenah anak-anak, duit belanja yang semakin bertambah(sedangkan gaji tak pernah bertambah). Mungkin kerana kita suka “serahkan semuanya pada Illahi” tentang isu masa depan oleh itu hal cerai-berai berlaku. Ini semua kerana anda masih belum bersedia.

Pepatah jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak bukan bermaksud masalah hakisan tanah berada ditahap yang menjadi-jadi sekarang ni. So pikir-pikir lah balik. Anda dah ready ke belum untuk untuk bina sebuah masjid yang keteguhan seni binanya masih dalam tanda tanya.