Sunday, January 16, 2011

kasut baharu

Last Saturday (which is kelmarin) aku outing ke times square, banyak kejadian aneh yang aku alami bila menjadi pengawal tak bertauliah dekat stesen komuter. Masa aku berdiri lama tepi tempat cucuk tiket (aku pun tak sure apa nama benda alah tu) aku dapati bahawa ramai orang sebenarnya tak tahu cara untuk cucuk tiket tu. Jadi bila anda tersalah cucuk tiket itu, ketahuilah anda bahawa bukan anda seorang sahaja yang begitu.

Masa tu juga ada program explore race, aku amat pasti sebab semua pakai baju sama, bawak nota bagai dan setiap group ada empat orang. Membuat aku perasan yang aku tak pernah masuk aktiviti macam tu, aku aku tahu hanyalah buku, buku dan buku, “indahnya” hidup aku.

Lepas merewang kat times aku ke plaza low yat dan sungei wang(eja cam ni kan?). Oh lupa nak bagi tahu masa aku on the way nak pergi sana ada satu group ni yang suruh aku sain petition diaorang. Bila aku tanya petition ni untuk apa, diorang kata untuk support barang kraf diaorang. Aku ok je la kan, bila lagi nak buat amal jariah macam ni, masa nak sain tu aku perasan ada petak kena isi nombor, ada yang isi 10, 20 cam tu. Bila aku tanya ni nombor apa  diaorang macam tak nak bagi tahu, bila aku desak-desak diaorang still berdolak-dalih, aku terus rasa tak sedap hati. So aku blah la, tak sain apa-apa pun. Dibuatnya sebenarnya aku sain untuk kasi buah pinggang aku baru haru jadinya.

Sebenarnya aku keluar untuk beli kasut baharu, tapi dah nama pun perempuan, lepas jalan setengah hari baru jumpa yang berkenan dihati. Oh aku terlupa sekali lagi yang aku nak cerita pasal budak perempuan yang dicuri dompet, kejadian tu berlaku masa dalam bas, sebab bas penuh aku pun tak persan bila pickpocket tu buat kerja. Biasanya benda macam ni selalu dengar dari mulut orang jer tak pun baca dalam paper. Bila berlaku betul-betul depan mata aku rasa amat simpati kat orang tu. Lepas tu tangan asik seluk kocek jer untuk cek dompet dan phone.

Ok la, aku nak pergi belek nota biology pulak, esok ada quiz, nanti tak la aku jadi zirafah, duk terhendap-hendap paper orang. 

No comments:

Post a Comment