Sunday, January 23, 2011

One Night Only

Selama ni aku tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana majlis dinner seperti yang aku pergi semalam. Tema majlis itu membuatkan aku berfikir tentang One Night Stand, tak tahu kenapa, mungkin kerana temanya juga ada nama One Night. Well, apa yang aku nak cerita adalah apa yang aku nampak dan yang aku analisa dari majlis semalam.

Firstly, almost all of the student went there by bus, not like I always imagine, with Lamborghini, or limousine or antique cars, bila sampai ada orang tolong bukak pintu, walk on the red carpet and all cameras are flashing untuk amik gambar anda. Yeah mungkin angan-angan aku terlalu tinggi, perlu ingatkan diri sendiri sedang menghadiri majlis makan malam bukan anugerah Oscar.

Semua boys and girls cantik-cantik dan hensem-hensem belaka, ada yang bergaya seperti artis dan ada juga yang slumber pakai t-shirt biasa, dan ada yang pakai kopiah (giler respect kat mamat ni), aku pakai baju kurung jer, tak ada duit nak beli dress untuk dipakai satu malam ajer.

Selepas dengar ucapan perasmian yang berjela-jela, kami dijamu dengan makanan yang nasi-minyak-orang-kawin-pun-lagi-sedap-la, nasib baik aku dapat control diri dari ludah balik sayur yang entah apa namanya.

Masa makan kami disajikan dengan persembahan nyanyian yang menghiburkan. Maksud “menghiburkan” aku disini ialah sila banyangkan Mr. Bean sedang menyanyi dihadapan anda. Salah satu lagu yang dinyanyikan sampai lagu nak habis baru aku dapat teka yang itu adalah lagu poker face. Jika mahu adakan game teka lagu aku rasa memang sesuai.

Ada juga yang buat drama masa menyanyi dengan melutut dan bagi bunga ros. Pernah tak korang rasa apa yang korang imagine is better than in the real life, well I think that is one of those moments.  Dan kepada yang amat berani nyanyi lagu Love The Way You Lie tu, you guys really “kill” the song, “kill” disini bermaksud what-the-heck-are-you-thinking-by-singing-the-song ?

And meja aku juga tak menang lucky draw, yang aku dapat hanyalah souvenir yang bakal disimpan sampai berhabuk bawah katil. So, apa yang best tentang dinner ni ialah desert-nya dan persembahan-persembahan yang hilarious. Jadi next time jika aku dijemput untuk ke majlis-majlis macamn ni lagi mungkin aku akan pergi kalau menunya ialah KFC or McD or Pizza Hut, at least aku tahu yang ianya sedap. 

No comments:

Post a Comment