Sunday, January 16, 2011

cara-cara buat anak

Hari ni belajar tajuk yang paling best sekali dalam sukatan pelajaran biology, REPRODUCTION”. Sebut sahaja reproduction maka seluruh hari para muda-mudi menjadi gentar. Apatah lagi apabila “dipaksa” untuk melihat model reproductive organ, semua semangat saja nak belajar, sesuatu perkara yang amat jarang berlaku terutama dengan subjek biology yang amat terkenal sebagai subjek ubat tidur. 

Aku tak tahu macam mana perasaan budak perempuan yang disuruh mengangkat model reproductive organ dihadapan kelas itu tadi, excited mungkin? Yang pasti aku berasa amat kemalu-maluan sehingga duduk belakang sekali sepanjang sesi penerangan fungsi reproductive organ itu (alasan, sebenarnya duduk belakang sebab nak borak ).

Masa disuruh melukis cell, ada juga budak perempuan yang buat lawak “mintak sperm” dengan budak laki. Walaupun kejadian tersebut tidak disengajakan tapi lawak luncah memang mudah untuk ditangkap oleh otak muda-mudi seperti mereka (aku tak) semua.

Tapi yang pasti aku amat benci topic reproduction ni sebab tertalu banyak untuk dihafal atau diingati, bukan cara-cara buat anak tu, tapi organ-organ, system-system dan proses-proses yang berlaku. Contohnya, bila “buat” malam ni kira-kira bila sperm akan jumpa ovum. Bila waktu yang paling sesuai untuk proses pensenyawaan dan sebagainya.

Dan yang paling aku benci dalam yang aku benci adalah proses menstruation. Yang aku tahu dalam beg wajib spare pad satu, dalam satu bulan wajib cuti, tu aje. Tak ada masa aku nak kira-kira bila time subur-subur ni. Proses ovulation sumua haram jadah tu. Time SPM dulu aku main tinggal kosong aje satu page bila keluar bab ni. Malas nak menghafal banyak-banyak.

Jadi aku tak pasti bila aku akan start buka buku dan menghafal benda alah ni semua. Tapi yang pasti adalah agak sukar untuk aku menumpukan perhatian terhadap vagina dan testis tadi bila aku lihat semua muka penuh semangat untuk belajar dan ada sorang classmate aku kata salah satu organ dalam male reproductive system tu bentuknya macam cheese. CHEESE you olls.

No comments:

Post a Comment