Thursday, August 26, 2010

pendidikan seksual hari ini

akibat kesakitan perut yang amat maka aku telah pergi melawat tandas sebanyak beberapa kali(lost count)

hari terakhir tutor biology sebab minggu depan ada exam, lepas tu balik cuti raya. apa yang aku nak ceritakan disini bukanlah pasal tutor aku yang cun atau yang aku dapat markah suku je untuk quiz. tapi pasal sex. ya sex. jangan terkejut aku tulis bab sex. berapa kali mau taip sex. ceritanya, lepas bincang soalan semuanya pun dok bising-bising bincang pasal kuih raya, baju raya, langsir baru, perabot baru kat dalam kelas maka tutor aku pun edar la kertas sehelai sorang.

watdehek kuiz lagi ke? bukan kuiz la tapi borang soal selidik untuk tahu pendapat para pelajar tentang pendidikan seks. patut atau tidak diajar di sekolah. solan pertama, wajarkah pendidikan seks diajar disekolah rendah? watdefuk, cuba kau bayangkan cikgu masuk kelas murid darjah satu : ok murid-murid hari ini kita akan belajar tentang seks. s-e-k-s seks, cuba ulang murid-murid. tak dapat aku bayangkan rusuhan yang bakal berlaku nanti.

past tu ada soalan pasal penyakit kelamin. bla-bla-bla. tanpa disedari kawan aku yang duduk sebalah pun tanya aku. "weh siot, onani tu ape?"

sila masukkan efek kilat disini

serius kau tak tahu onani tu ape. then aku terdengar member aku kat belakang tanya kawan dia. "onani tu apa?"

masukkan efek guruh pulak

celaka takkan kau tak tahu onani tu apa? bersihnya fikiran kau. tu belum tanya lagi bab yang lebih mendalam. sebab kesiankan member aku ni yang buat muke seposen tanya aku apa itu onani. aku pun bagi tahu la. "onani tu (kena sensor time puasa ni)" jawapan aku dibalas dengan ooooooooo yang panjang. fuhhh dapat pahala ke tidak ngajar orang bab macam ni ha?

p/s : mungkin aku patut ubah balik jawapan aku kat dalam kertas soal selidik tu.

Thursday, August 12, 2010

hari pertama puasa

time puasa ni aku tak nak la buat entry boring macam sesetengah orang buat. nak menunjuk diri baik sangat kononnya. asal puasa je cerita pasal sembahyang terawikh 50 rakaat semalam, baca Quran khatam 50 kali, duduk zikir je dalam masjid sampai tak kencing berak. mengarut je tu semua. kalau tak kencing berak sekalipun tak bermakna dah dapat tiket masuk syurga.

hari ni memang gelabah giler vavi. ops time puase kena kurangkan mencarut ye tapi dah terlepas nak buat macam mana, contohnya kalau kau kentut bukan boleh ditarik balik kan? jalan terbaik adalah dengan berwuduk agar gugur segala dosa. ok aku dah merapu, apa yang aku cerita tadi. sambung balik.

dah la aku bangun lewat, pukul lapan baru bangun tido sedangkan kelas stat pukul lapan setengah. mau tak gilernye kejar masa. kerbau pun tunduk malu kalau tengok aku mandi, kalah beb. then aku sumbat apa yang patut dalam beg(pastikan tiada makanan untuk elak fitnah), terus blah pergi klas.

sampai klas baru aku perasan aku tertinggal nota, tak pakai kad matrik(nasib baik tak terserempak dengan pak guard), dan sekejap apa bau tu. dem dem dem ketiak aku bau hangit sebelah, what??? aku sembur deodorant sebelah ketiak je ke. sewel tul la.

p/s : buat abang yang hisap rokok atas motor waktu tengah hari tadi. anda memang loser sebab hari pertama pun dah kalah pada nafsu.