Thursday, December 2, 2010

sila baca ini

Semenjak dua menjak ni rasa malas yang amat untuk buka buku. Mungkin sebab pointer yang sangat rendah atau terpaksa repeat paper, jadi perasaan untuk meneruskan pembelajaran terbantut bila aku dah set dalam otak yang mustahil untuk aku berjaya struggle sem ni. Apatah lagi silibus yang semakin bertambah banyak dan bertambah susah.

Ya, aku mengalah. Aku sudah bersiap-sedia untuk mengundurkan diri dan mengambil bidang dalam jurusan lain yang mungkin punya jalan yang cerah buat aku. Sementelah lagi kursus yang aku ambil sekarang ini memang aku tak minat langsung, jadi perasaan untuk memperbaiki diri itu memang tiada, kosong.

Tapi ibu dan ayah aku tidak mengizinkan aku untuk keluar. Kenapa? Sudah berulang kali aku katakan kepada mereka yang aku tidak mampu teruskan lagi, tapi mak dan ayah selalu menyuruh aku supaya bersabar dan belajar dengan lebih tekun lagi kali ini. Mungkin akan ada rezeki dari Illahi yang yang ditulis untuk aku, biar masa menentukan segalanya. Tapi bila? Aku sudah tidak sanggup meneruskan perjuangan ini. Aku sudah tidak kuat lagi.

Mungkin sutu hari nanti aku akan berterima kasih pada ibu dan ayah aku kerana menghalang aku meneruskan niatku. Tapi buat masa sekarang ini aku sudah tidak ambil peduli lagi. Aku berasa amat tertekan. Sudah berulang kali aku katakan itu.

Ya, kadang kala aku mengalirkan air mata. Tapi aku tidak menyalahkan sesiapa. Kerana sejak dulu lagi aku tidak kuat untuk membantah keputusan yang dibuat ayahku kerana mahu menjadi anak yang patuh. Kerana aku selalu diberitahu keputusan ibu bapamu adalah yang terbaik untuk dirimu. Tetapi kini aku ingin mempertikaikannnya.

Adakah keputusan itu untuk kebaikan diriku atau untuk kebaikan diri mereka? Aku tidak suka menjadi anak yang dibangga-bangga oleh ibu bapa. Aku Cuma mahu menjadi anak yang diberi kebebasan untuk menentukan corak hidupnya sendiri. Terlalu banyakkah yang aku pinta darimu ibu, ayah?

Ya, aku punya cita-citaku sendiri, aku punya impian dan angan-angan sendiri, aku punya matlamatku sendiri. Kenapa mereka tidak mahu mendengarnya? Tidakkah mereka menyedarinya? Aku berasa amat kosong sekarang ini. Aku tahu apa yang betul, apa yang salah, apa yang baik dan apa yang buruk untuk diriku. Kerana  kamu telah mengajarku tentangnya ibu, ayah. Jadi sekarang izinkanlah aku untuk mewarnakan kanvas hidupku sendiri.

Bukan aku mahu mengasingkan mereka dari hidupku. Tetapi jikalau aku akan hidup buat berpuluh tahun lagi, aku mahu mengisinya dengan sesuatu yang aku suka melakukannya, bukan dengan sesuatu yang kamu suka jika aku lakukanya.

Ya, mungkin jalan yang aku pilih itu lebih banyak ranjau dan durinya dari jalan yang kamu pilih untukku. Tapi aku akan lebih gembira jika luka itu mendewasakan aku daripada meninggalkan parut yang menyakitkan dihatiku.

Aku mahu kamu dengar suara hatiku. Aku mahu kamu menyokongku, bukan membenarkan kata-kata masyarakat. Mungkin kerjaya pilihanku tidak sepopular doktor, mungkin gajinya tidak sebanyak ahli farmasi, mungkin kerjayanya tidak terjamin seperti doktor gigi. Tetapi yang pasti aku akan gembira, aku akan berusaha untuk kerjayaku, bukan semata demi duit, kerana aku tahu puas dengan apa yang aku ada. 

No comments:

Post a Comment