Sunday, January 16, 2011

oh my backbone

Setelah difikir balik rasanya dah lama aku tak pergi berurut, hari ini setelah diurut pecacai  (baca : kawan) aku rasa sangat segar dan bertenaga sekali selepas tidur 3 jam sahaja semalam untuk siapkan lab report. Sekarang ini masanya untuk berehat-rehat dan bersenang-lenang selepas satu minggu yang hectic dengan test, presentation dan lab yang tak berkesudahan.

Tapi hati sedikit gembira bila menyedari lab semakin sudah hampir nak habis bagi sem ini. Tapi bila lab sudah tamat itu merupakan petanda kecil bahawa exam final semakin menghampiri. Adakah aku sudah bersedia? Jawapannya : aku tak berapa nak kisah berapa pointer aku akan dapat sebab aku memang dah tak kisah, titik, the end.

Petang ni aku berjaya menyental daki-daki degil yang melekat dekat baju yang dah seminggu aku perap. Bahagia sungguh rasanya. Sekarang bagi sedang direndam dengam downy agar baunya kekal harum sentiasa.  Menu malam ini pula ialah roti yang sudah hampir tarikh luputnya, harus dimakan supaya aku tidak menjadi sahabat syaiton, ibu juga selalu bilang supaya jangan selalu makan magi(apa kena-mengenanya?)

Malam ini juga harus dimulakan kerja menbuat assignment agar tidak berlaku proses tiru-meniru secara extreme bila kerja dibuat last minute. Esok pagi pula mahu bertolak ke mall untuk mencari pengganti kasut yang sudah berada di taraf jahanam. Plan seterusnya adalah untuk buat lab report serta tutorial dan sedikit ulang kaji untuk subjek-subjek yang dijanjikan quiz pada minggu depan.

Bila difikir balik, dimana waktu rehat secara maksima pada hari minggu? Siapa yang kata masuk universiti boleh rilex-rilex harus disepak secara ganas. Sungguh aku sedang stress sekarang ni.

Thursday, January 13, 2011

F = ma

Dalam banyak-banyak subjek yang aku belajar, tak ada subjek yang paling susah, payah dan gila nak mampus dari physic. Dah lah formula banyak gila nak kena hafal, lecturer pulak ajar laju gila macam esok dah nak kiamat. Maka aku jadi semakin gila, bila aku semakin gila otak aku terus shut down. Oleh itu time lecture physic confirm aku tidur/berangan paling baik pun aku doodle kat atas kertas nota aku. 

Jadi aku amatlah respect pada sesiapa jua dalam dunia ni yang terlibat dalam bidang physic, kudos pada anda semua. Menurut result exam sem lepas aku yang selalu dapat markah 1-9 over 100. Maka aku amat sure pada sem ini aku bakal gagal dengan gemilangnya.

Baru tadi jawab test physic, lecturer aku siap ugut siapa yang fail physic dia akan hambat dari kelas. Jawapan aku “Miss, please la hambat saya. Saya dah tak sanggup nak menghadap buku physic tu lagi dah la berat buku tu 3 kilo lebih(betul tau, aku timbang dalam lab hari tu) perkataan pulak banyak mengalahkan ensiklopidia, sangat tidak bermakna untuk orang macam saya” dan dah tentu aku jawab dalam hati ajer.

Bila time lab, aku yang selalunya marah-marah bila kawan buat kerja tak betul, menjadi sebegitu pasif bila masuk lab physic. Aku selalu duduk diam atas kerusi dan pura-pura baca lab manual. Dan bila lecturer cerita cara-cara untuk conduct experiment aku akan duduk belakang tiang supaya lecturer tak nampak aku(main sembunyi-sembunyi pulak).

Jadi berdasarkan faktor-faktor diatas aku tak sanggup untuk tanya diri aku bila aku akan pandai physic. Kerana bagi aku sampai bila-bila pun physic tetap suck-ass.

Wednesday, January 12, 2011

iron face lady

Dalam ramai-ramai lecturer aku ada seorang lecturer yang aku suka gelar sebagai TE KAME(kalau aku tak salah cara sebutannya memang macam ni). Te Kame ni kalau korang pernah tengok My Boss My Hero(drama jepun) korang akan perasan yang Sakaki Makio(watak utama) selalu panggil cikgu kelas dia sebagai Te Kame sebab cikgu tu garang dan suka seksa dia dengan kerja rumah yang melambak.

Te Kame bermaksud muka besi (ikut subtitle dalam cerita) so aku panggil lecturer aku ni sebagai Te Kame sebab dia suka seksa aku dengan kerja yang melambak-lambak. Dah la garang semacam, lepas tu bila orang tanya soalan dia tak nak jawab. Dalam kelas asyik belek-belek iphone jer.

Tahun ini dia kahwin, maka perangainya (teramat) sedikit berubah dari tahun lepas. Dia sudah tidak marah-marah dan suka buat lawak. Lawak yang paling best adalah lawak pecah kepala, contohnya “kalau awak buat pecah slide ini, maka pecah lah kepala awak” lawak kan?

Walaupun perkahwinan dia membawa (teramat sedikit) kebaikan buat aku. Namun keburukkannya teramatlah banyaknya. Disebabkan majlis perkahwinan dia dilangsungkan selama 10hari 10malam, maka kelas kami telah ketinggalan banyak topik, oleh itu kelas ganti terpaksa di adakan.

Bab buat kelas ganti tu aku tak kisah lah. Tapi yang buat kelas ganti masa rehat tu ape-kejadah-namanya-tu. Dah la kelas straight dari pukul 9 pagi sampai 6 petang, masa rehat dua jam pulak diambil buat kelas ganti. Bila kelas terakhir tamat jam 6 petang, semua muka macam zombie lapar nak terkam kambing.

Dah tu dia boleh pulak marah-marah suruh siapkan kerja, langsung tak ada belas kasihan. Aku rasa tentu banyak pahala yang dia dapat hari tu dari umpatan, cacian dan makian. Sekarang ni siapa yang kahwin, madam ke kami? Kenapa seksa kami sebegini rupa, apa salah kami.

Hari ini masa dalam kelas, Te Kame jalan tepi aku, aku nampak kakinya cedera, aku tak boleh halang diri aku dari berfikir ini adalah balasan dariNya.

Bila papa mahu kahwin lagi

Ramai wanita yang sensitif apabila  isu poligami diutarakan. Tak siapa sangup berkongsi suami, hidup bermadu hanya menjadi madu bagi si suami tapi hempedu bagi si isteri. Ada kawan-kawan aku yang tertekan akibat masalah keluarga disebabkan si ayah mahu menambah “masjid”.

Tapi aku rasa tidaklah menjadi satu masalah bila seorang lelaki mahu kawin lebih dari satu. Bagi aku itu semua hak mereka. Jika mereka mampu (dan gatal sangat) kawin sajalah sampai penuh empat kotak pun tak ada masalah. Mungkin sebab aku dah set dalam minda aku tak ada hubungan yang akan kekal selamanya, bagi aku setiap pertemuan akan ada perpisahan. Cuma masanya yang cepat atau lambat. 

Lagipun dalam Quran ada ayat yang membenarkan lelaki kawin sampai empat. So, tak ada isu untuk kita mengharamkan apa yang halal disisi Allah. Jadi aku tak faham kenapa ramai yang tak boleh hidup bermadu sampai sanggup bercerai-berai. Apa yang mereka cuba pertahankan sebenarnya? Kasih-sayang? Anak-anak? Harta?

Pernah aku “berdebat” dengan kawan (perempuan) isu poligami ni. Ramai yang marah aku, kutuk pendirian aku, tak kurang juga yang kata aku mulut cibai siap doa-doa lagi biar aku rasa hidup bermadu. Katanya aku belum melangkah dalam alam perkahwinan lagi, apa yang tahu tetang soal hidup bermadu? Tapi begitu juga dengan diaorang. Tak semua hidup bermadu derita, dan tak juga  hidup tak bermadu itu bahagia.

Semua orang kawin sebab tak mahu hidup bersendirian (dan juga sebab seks) tetapi berapa pastikah anda bila anda kawin anda tak akan bersendirian lagi? Ya, bila dah kawin tak bermakna anda tak akan hidup bersendirian lagi, tak bermakna anda kan selalu disayangi, tak bermakna semua impian dan angan-angan anda tentang hidup selepas kahwin akan terlaksana.

Ada juga yang takut hidup bermadu akan menjejaskan hidup anak-anak, ini yang aku cukup bangkang. Adakah jika memilih perceraian akibat tidak mahu bermadu tak akan menjejaskan anak-anak? Ayah aku tak bermadu, tapi adakah hidup aku(sebagai seorang anak) tak tertekan? Ya, aku selalu juga tertekan akibat masalah keluarga aku.

Aku rasa betul apa yang diperkatakan bahawa perkahwinan itu adalah satu perjudian kerana kita tak boleh meramal apa yang bakal berlaku pada nasib kita. Tapi itulah kehidupan, ada hujan dan panasnya.

Namun apabila aku bertambah dewasa semakin aku mempersoalkan tentang dimana rasionalnya tentang perkahwinan? Kenapa kita mahu berkahwin? Mungkin sebab suka-sama-suka, dah cukup umur, dah cukup duit, (fikir) dah cukup ilmu tentang kahwin, sebab dah boleh pegang komitment dalam rumah tangga (dan juga sebab seks).

Tapi bagaimana dengan soal persediaan? Persediaan menghadapi konflik rumah-tangga, kerenah anak-anak, duit belanja yang semakin bertambah(sedangkan gaji tak pernah bertambah). Mungkin kerana kita suka “serahkan semuanya pada Illahi” tentang isu masa depan oleh itu hal cerai-berai berlaku. Ini semua kerana anda masih belum bersedia.

Pepatah jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak bukan bermaksud masalah hakisan tanah berada ditahap yang menjadi-jadi sekarang ni. So pikir-pikir lah balik. Anda dah ready ke belum untuk untuk bina sebuah masjid yang keteguhan seni binanya masih dalam tanda tanya.

Wednesday, December 8, 2010

first step

First step sentiasa menentukan apa yang yang bakal terjadi seterusnya. Contohnya sebelum ni tak pernah-pernah korang kapel. Tiba-tiba ada orang ajak kapel, sebab semua kawan ada pakwe/makwe masing-masing, dan yang  ajak kapel tu pun muka boleh tahan aje, jadi korang terus on. Mungkin masa tu korang fikir untuk seronok-soronok aje, tak pun untuk cari pengalaman, nanti tak lah ada yang kata korang kolot atau ketinggalan zaman.

Tapi pernah korang fikir apa yang akan terjadi seterusnya? Mungkin suatu hari nanti dia ajak masuk hutan untuk melihat “keindahan ciptaan Tuhan”atau mungkin buat “oral test” ke? Pernah tak korang fikir benda tu semua? Aku rasa mungkin sebab sebagai orang MELAYU kita suka berperangsangka baik terhadap semua orang. Betul aku cakap. Contohnya, bila orang letak makanan kat depan batang hidung korang mesti korang belasah aje tanpa fikir apa benda yang ditaruk kat dalam tu kan?

Tujuan aku tulis benda ni kerana aku ada plan untuk cuba-cuba hisap rokok. Tengok orang yang hisap rokok tu macam cool je, lagi pun rokok boleh hilangkan stress dan menguruskan badan. Tapi bila fikir balik bila aku dah start hisap rokok nanti mesti addicted, bila dah addict mesti kena buat keluar duit untuk beli rokok lagipun harga rokok selalu naik, dan penyakit yang bakal menyerang tubuh ini berderet senarainya, serta bila aku nak berhenti nanti kos dan masa yang bakal dibazirkan tak terhintung jumlahnya.

So, alternatifnya aku bersenam untuk menyihatkan badan, dan aku mark yang aku bersenam untuk menghilangkan stress bukan untuk menguruskan badan. Nanti bila badan tak kurus maka akan bertambah stress, bila bertambah stress maka akan bertambah makan banyak, dan lemak yang disimpan bakal mempunyai kawan yang bertambah-tambah lagi banyaknya.

So sentiasalah ingat bahawa setiap langkah pertama yang anda ambil bakal menetukan siapa anda pada masa hadapan. 

Thursday, December 2, 2010

sila baca ini

Semenjak dua menjak ni rasa malas yang amat untuk buka buku. Mungkin sebab pointer yang sangat rendah atau terpaksa repeat paper, jadi perasaan untuk meneruskan pembelajaran terbantut bila aku dah set dalam otak yang mustahil untuk aku berjaya struggle sem ni. Apatah lagi silibus yang semakin bertambah banyak dan bertambah susah.

Ya, aku mengalah. Aku sudah bersiap-sedia untuk mengundurkan diri dan mengambil bidang dalam jurusan lain yang mungkin punya jalan yang cerah buat aku. Sementelah lagi kursus yang aku ambil sekarang ini memang aku tak minat langsung, jadi perasaan untuk memperbaiki diri itu memang tiada, kosong.

Tapi ibu dan ayah aku tidak mengizinkan aku untuk keluar. Kenapa? Sudah berulang kali aku katakan kepada mereka yang aku tidak mampu teruskan lagi, tapi mak dan ayah selalu menyuruh aku supaya bersabar dan belajar dengan lebih tekun lagi kali ini. Mungkin akan ada rezeki dari Illahi yang yang ditulis untuk aku, biar masa menentukan segalanya. Tapi bila? Aku sudah tidak sanggup meneruskan perjuangan ini. Aku sudah tidak kuat lagi.

Mungkin sutu hari nanti aku akan berterima kasih pada ibu dan ayah aku kerana menghalang aku meneruskan niatku. Tapi buat masa sekarang ini aku sudah tidak ambil peduli lagi. Aku berasa amat tertekan. Sudah berulang kali aku katakan itu.

Ya, kadang kala aku mengalirkan air mata. Tapi aku tidak menyalahkan sesiapa. Kerana sejak dulu lagi aku tidak kuat untuk membantah keputusan yang dibuat ayahku kerana mahu menjadi anak yang patuh. Kerana aku selalu diberitahu keputusan ibu bapamu adalah yang terbaik untuk dirimu. Tetapi kini aku ingin mempertikaikannnya.

Adakah keputusan itu untuk kebaikan diriku atau untuk kebaikan diri mereka? Aku tidak suka menjadi anak yang dibangga-bangga oleh ibu bapa. Aku Cuma mahu menjadi anak yang diberi kebebasan untuk menentukan corak hidupnya sendiri. Terlalu banyakkah yang aku pinta darimu ibu, ayah?

Ya, aku punya cita-citaku sendiri, aku punya impian dan angan-angan sendiri, aku punya matlamatku sendiri. Kenapa mereka tidak mahu mendengarnya? Tidakkah mereka menyedarinya? Aku berasa amat kosong sekarang ini. Aku tahu apa yang betul, apa yang salah, apa yang baik dan apa yang buruk untuk diriku. Kerana  kamu telah mengajarku tentangnya ibu, ayah. Jadi sekarang izinkanlah aku untuk mewarnakan kanvas hidupku sendiri.

Bukan aku mahu mengasingkan mereka dari hidupku. Tetapi jikalau aku akan hidup buat berpuluh tahun lagi, aku mahu mengisinya dengan sesuatu yang aku suka melakukannya, bukan dengan sesuatu yang kamu suka jika aku lakukanya.

Ya, mungkin jalan yang aku pilih itu lebih banyak ranjau dan durinya dari jalan yang kamu pilih untukku. Tapi aku akan lebih gembira jika luka itu mendewasakan aku daripada meninggalkan parut yang menyakitkan dihatiku.

Aku mahu kamu dengar suara hatiku. Aku mahu kamu menyokongku, bukan membenarkan kata-kata masyarakat. Mungkin kerjaya pilihanku tidak sepopular doktor, mungkin gajinya tidak sebanyak ahli farmasi, mungkin kerjayanya tidak terjamin seperti doktor gigi. Tetapi yang pasti aku akan gembira, aku akan berusaha untuk kerjayaku, bukan semata demi duit, kerana aku tahu puas dengan apa yang aku ada. 

susah atau senang, kita tetap bersama

Aku selalu merungut tentang betapa susahnya hidup aku.  Bukan akibat tak cukup makan atau terlebih makan tapi soal perjalanan hidup aku. Aku tidak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga, selalu duduk di dalam rumah, keluar pun bila terasa amat bosan atau bila rumah terbakar saja.

Jadi apabila sudah terpaksa tinggal beratus kilometer jauhnya dari keluarga, ditempat yang tiada saudara-mara memang buat aku berasa amat tertekan. Aku selalu menelefon ibu dan kakak aku untuk menaikkan semangat dikala aku terasa amat keseorangan di tanah asing ini.

Jadi disini aku mahu mengucapkan terima kasih pada ibu kerana menenangkan hati aku, menggembirakan aku dan menaikkan semangat aku dikala aku memerlukannya. Terima kasih juga pada kakak ku yang menggantikan tempat ibu jikalau aku tidak dapat menghubunginya. Terima kasih juga buat ayah yang menaip i love you pada akhir baris mesej yang dihantar. Sesungguhnya aku menghargai semua itu.

Selepas kelas tadi semasa aku menaiki bas ada seorang mamat bangla atau nepal mungkin, yang duduk di depan aku. Apa pandangan korang terhadap golongan imigran ni? Mesti korang kata yang mereka tu busuk, kotor, penyamun atau penyanggak bukan? Itu korang yang kata bukan aku. Haha.

Apa yang aku mahu sampaikan disini adalah rasa kagum aku terhadap semangat diaorang untuk cari sesuap nasi. Sanggup meniggalkan keluarga dan tanah air diaorang untuk hidup di bumi asing yang berlainan budaya dan bahasa. Aku yang duduk sejauh 200 kilometer ni pun dah menjerit hendak pulang  tiap-tiap minggu apatah lagi diaorang yang tinggal 2000 kilometer jauhnya.

Mungkin ini tanda sayang dari Illahi agar aku tidak berfikir hanya diri aku sahaja yang punya rasa begini, kerana masih ada mereka yang lain yang lagi hebat ujiannya dari Pencipta. Aku amat bersyukur kerana telah dibuka mataku untuk melihat apa yang selalu aku kaburi dengan amarah yang dikawal syaitan.


Kini aku berasa lebih tenang, maka ucapan sayang dan rindu dariku pada keluarga yang sentiasa disisiku walaupun kalian jauh dimata. Aku tidak munggkin dapat menghadapi semua ini tanpa kasih sayang kalian serta rahmat dan pertolongan dariNya. Sedari aku kini bahawa aku mungkin bersendirian tapi tidak mungkin keseorangan lagi. Tiada apa yang tidak dapat untuk ditempuhi jika kau fikirkan Dia akan sentiasa bersamamu untuk mengharunginya.