Tuesday, November 23, 2010

demi masa sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian

Apa yang akan kau lakukan jika kau bisa memiliki masa? Adakah kau akan menekan butang berhenti atau butang ulang kembali sekiranya masa itu seperti remote kawalan dan hidup itu terbentang di atas skrin? Adakah rasa ingin tahu kau tentang masa hadapan terjawab? Adakah kau akan mengubah hidupmu dan menolong ubah hidup mereka yang lain? Jika aku sudah tentu aku akan jadikan diriku pemerintah dunia. Haha. Sungguh klise.

Masa boleh menjadi sesuatu yang melapangkan jika diguna sebaiknya, tetapi akan menjadi sesuatu yang menyesakkan jika kau gunakan sebaliknya. Tahukah kau masa itu memegang seribu satu rahsia yang tidak mungkin kau ketahui tanpa melewatinya?  Tahukah kau masa itu menjanjikan sesuatu untuk dirimu? Tahukah kau masa itu akan mengulangi sejarah jika kau tidak mempelajari sesuatu darinya? Ya, aku akui ramai yang tahu itu. Akan tetapi berapa ramai yang menyedarinya sentiasa?

Aku akui ada kalanya aku terleka, membiarkan masa berlalu tanpa beribadah kepadaNya, tanpa ada rasa sekelumit rindu kepadaNya, tanpa ada mengingatiNya. Sedari aku masa yang ku buang begitu sahaja bakal diulang tayang dihadapanku suatu hari nanti, dimanakah akan aku sembunyikan rasa maluku kepadaNya bila hari itu tiba?

Aku amat takut untuk menghadapi perkara yang mendatang, takut aku tidak bersedia untuk kejutannya. Banyak perkara yang aku takutkan dalam dunia ini. Masa adalah satu darinya. Kematian, itu sesuatu yang pasti, sesuatu yang telah dijanjikan Illahi sejak azali lagi, tapi masanya akan sentiasa menjadi rahsia.

Kumpulah sebanyak ilmu yang kau mampu. Kerana esok merupakan sesuatu yang belum pasti, hanya yang pasti tentu kau akan memperoleh maanfaat darinya. Orang tua-tua tidak membuat pepatah ilmu itu penyuluh hidup hanya kerana bosan selepas menguyah sireh yang tak mengenyangkan. Tetapi kerana masa telah mengajar mereka, agar hidup kau tidak dibazirkan begitu saja.

Ramai yang menasihati sesama manusia akan apa yang masa telah mengajar mereka. Tetapi kalau kau tidak alpa dari mengingatinya kau bukanlah manusia, kerana manusia itu selalu terlupa. Jadi luangkanlah seminit dua selepas solat dengan muhasabah diri. Tunduklah pada Penciptamu kerana kau tiada apa untuk diangkuhkan. Semua yang kau miliki hanyalah pinjaman dariNya.

Masa telah mengajarku banyak perkara, semuanya dilukis diatas lembaran hidupku tanpa aku sedari. Namun masih banyak yang perlu aku tempuhi agar diriku dapat menjadi seteguh karang, kerana aku masih takut untuk berumah di tepi pantai, takut jika dibadai ombak.

Perjalan aku masih lagi jauh, namun bukan destinasinya yang aku cari, tapi jalannya yang berliku yang beronak duri akan ku hargai. Kerana suatu hari nanti bila aku tempuhi cabaran mendatang aku akan mempu tersenyum kerana masa itu telah mendewasakan aku.

Monday, November 8, 2010

siapa yang lebih luncah?

hidup ni kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah. ni adalah status kawan aku yang dicuri dari facebook. nak saja aku post komen yang berbaur luncah, tapi aku pendamkan sahaja memandangkan aku tak mahu dilebel sebai peluncah seumur hidup aku.

diantara lelaki dan perempuan siapa yang lebih luncah sebenarnya? kalau perempuan sebabnya mereka mempunyai sembilan nafsu, tapi perogol hampir kesemuanya lelaki. teringat aku tentang satu fakta yang perempuan berfikir pasal seks sebanyak sekali sehari manakala lelaki berfikir pasal seks sebanyak sekali setiap jam.

aku ada sorang kawan lelaki yang sangat open untuk membincangkan perkara berkaitan seks ni. pernah sekali aku 'berbahas' dengannya soal ke-relevant-an pendidikan seks di sekolah. pendirian aku? tentulah aku bantah habis-habisan. dan dia? tentulah dia setuju habis-habisan. siapa yang menang? aku dah tak ingat. haha

tapi kalau dia nak masukkan bab seks dalam perbualan antara kawan-kawan aku. aku akan cakap "STOP". korang boleh panggil aku kolot ke apa ke. tapi sampai aku mati pun aku tak akan berbual tentang SEKS dengan orang lelaki, tak kiralah kawan atau sedara-mara ke, no and never.

pernah tak korang buat phone sex? ada sorang kawan (perempuan) aku pernah buat. siap bangga lagi cerita kat orang, masa dia cerita aku memang susah nak percaya sebab muka dia sangat innocent dan dia pakai tudung lebih labuh dari orang lain punya. sejak hari tu aku sentiasa nasihatkan kawan-kawan (lelaki) aku agar tidak mengukur keimanan perempuan berdasarkan labuh tudungnya.

masih teringat lagi cikgu aku kata lelaki bagi cinta untuk seks, perempuan bagi seks untuk cinta.

Wednesday, November 3, 2010

tips meniru dalam peperiksaan

siapa yang tak pernah meniru dalam exam angkat tangan. (aku bayangkan tak ada siapa yang angkat) well, siapa yang tak pernah meniru? dari zaman tok nenek moyang aku sampai sekarang semua suka main tiru-meniru time exam cuma caranya saja yang bebeza. mungkin dulu orang meniru guna walkie talkie sekarang orang guna iphone. 

dari aku sekolah rendah sampai habis sekolah menengah aku selalu saling 'tukar-tukar pendapat' dengan kawan aku time exam kecuali exam besar seperti UPSR, PMR, SPM tu tak tirulah, nak meniru macam mana brader woi?

pelbagai cara yang telah digunakan oleh budak-budak sekolah aku untuk meniru. letak nota bawah meja(lame). tulis jawapan kat lengan, bawah tudung, atas kain sekolah, kat stoking, kat dinding, atas meja. letak nota dalam poket dan pergi tandas 10 kali untuk lihat nota. letak nota kat tepi-tepi koridor dan amik nota to bila on the way nak pergi tandas. letak buku dalam tangki pam jamban(ni yang paling teruk, buku agama pun ada). tulis jawpan atas pemadam, pembaris atau kalkulator lepas tu main pinjam-pinjam barang tersebut. bahasa insyarat. tu je yang aku dapat pikir sekarang.

tapi kenapa budak sekolah rata-ratanya suka meniru? salahkan sistem pendidikan yang semata-mata kearah peperiksaan. jadi semua pelajar terdesak nak score, secara tak langsung proses tiru-meniru berlaku. sekarang ni pun subjek-subjek seni dan kesihatan semakin dipinggirkan dan subjek-subjek sains semakin ditekankan. aku memang tak setuju dengan perkara ni. masa aku sekolah dulu dalam setahun adalah sekali aku turun ke padang masa PJK selebihnya duduk dalam kelas sebab cikgu malas nak turun ke padang.

aku harap sistem pendidikan akan berubah suatu hari nanti untuk kebaikan pelajar itu sendiri.

Tuesday, October 26, 2010

kisah cinta remaja saya

seriously aku memang buta bab cintan cintun ni. sepanjang kehidupan aku pun aku hanya berkapel sekali selama lebih kurang 3 minggu. sebab bosan. aku rasa berkapel tu merupakan sesuatu perkara yang susah lagi menyusahkan. masa aku kapel dulu, bila kekasih hati aku suruh aku ungkapkan kata cinta seperti sayang, rindu atau cinta(ok sila muntah sekarang) aku boleh sebut perkataan tersebut 5 kali sehari tanpa apa-apa perasaan pun. adakah itu yang dimanakan cinta? sekadar ungkapan sayang untuk membuatkkan hari bertambah ceria?

lagipun masa aku naik sekolah menengah baru aku tau perkataan kapel ni dan apa fungsinya dalam kehidupan seharian manusia. jadi bila kawan sekeliling ada kekasih hati maka aku juga ingin mencari satu. maka berlakulah proses penggalakan dimana saya bermesej-mesejan dengan lelaki yang tidak dikenali dari pagi ke malam. mesej-mesej bodoh seperti "dah bagun ke?" "dah mandi ke?" memenuhi inbox. handfon juga tidak lekang dari tangan sampai masuk jamban pun bawak handfon. bila handfon bergetar(buat silent mode takut parents tau) hati juga turut bergetar. ya aku juga pernah melalui proses tersebut, zaman mabuk cinta.

kenapa cinta itu buta? kerana bila jatuh cinta kita akan melakukan perkara yang tak masuk dek akal. ada kawan aku sanggup bermusuhan dengan kawan baik sendiri sebab nak menangkan kekasih hati kerana kekasih hati dituduh sebagai kaki perempuan oleh kawan baik(dan memang ya lelaki tersebut tidak lebih dari sekadar buaya longkang)

dalam kes lain, cinta juga tidak mengenal paras rupa. pernah sekali kawan aku menunjukkan sekeping gambar sekumpulan lelaki kepadaku, suruh aku meneka siapakah kekasih hatinya. sering kali dia gembar-gemburkan kepadaku bahawa kekasih hatinya sangat handsome dan digilai ramai wanita diluar sana. then aku tekalah satu persatu dari yang paling sedap mata memandang hingga yang "la takkan yang ni kot muka macam penagih dadah jer aku tengok" laju perkataan tersebut keluar dari mulutku, kulihat mukanya semerta menjadi merah. mujur la sempat aku cover kan tak pasal-pasal berlaku adegan tarik-tarik tudung pula.

ok entry sudah terlebih panjang harus berhenti disitu.

p/s : berat badan semakin bertambah. what should i do? '=_=

Tuesday, September 14, 2010

hot french kiss

skarang dah abis puasa masuk raya la pulak. brapa hari korang semua kena ganti puasa? cakap cepat. yang perempuan tak payah nak senyum kemalu-maluan sebab kena ganti maksimum selama 15 hari. yang laki pulak tak payah nak senyum sinis. sama aje. time bulan puasa lah semua penyakit datang. yang jenis XY pun tiba-tiba jer boleh datang bulan time ramadan ni yer.

so bebalik pada tajuk post. cerita ini berlaku pada hari aku pergi bukak puasa dengan geng aku kat satu tepi tasik yang best. memang nyaman giler sampai sembahyang magrib hampir terlepas akibat syok sangat makan rendang dan cendol. kenyang giler beb. masa azan magrib aku memang tak nampak orang dah semua makanan depan mata aku bedal tak kira siapa punya.

then aku ternampak la dua merpati berjoli ni. orang tengah azan dia main sedap duk beromen atas bangku. watdefuk betol. gile ape. kalau ye pun dahaga tak payah la nak main kongsi-kongsi air liur ke ape. nak je aku simbah cendol aku kat diaorang harap cendol tu ada pulut jek aku sayang pulak nak membazir. haram jadah betul.

lepas tu siap main raba-raba lagi wei. yang tak leh tahannya si perempuan tu bertudung litup siap sampai duk atas riba lagi. buat depan orang pulak tu. ada la member aku yang berfikiran positif ni kata, maybe diaorang tu laki bini. si laki bari balik dari pinang, rindu sangat kat bini dia sampai tak leh tunggu masuk bilik. watdefart? kalu rindu kene beromen depan orang ke? sebab aku tak tahan sangat aku pun sound kuat-kuat. WOI BABI PON TAHU MALU LA BEROMEN DALAM KANDANG. NI MANUSIA TAK RETI BAHASE KE!!!

siap sound aku sambung makan balik. dengar tak dengar tu aku tak amik kisah. yang aku tau rendang tu sangat best, ditambah dengan free show. memang kurang pahala puasa aku. grrrrrr.

p/s : orang yang buang baby memang patut dipotong kemaluan mereka kerana tiada rasa malu. 

Thursday, August 26, 2010

pendidikan seksual hari ini

akibat kesakitan perut yang amat maka aku telah pergi melawat tandas sebanyak beberapa kali(lost count)

hari terakhir tutor biology sebab minggu depan ada exam, lepas tu balik cuti raya. apa yang aku nak ceritakan disini bukanlah pasal tutor aku yang cun atau yang aku dapat markah suku je untuk quiz. tapi pasal sex. ya sex. jangan terkejut aku tulis bab sex. berapa kali mau taip sex. ceritanya, lepas bincang soalan semuanya pun dok bising-bising bincang pasal kuih raya, baju raya, langsir baru, perabot baru kat dalam kelas maka tutor aku pun edar la kertas sehelai sorang.

watdehek kuiz lagi ke? bukan kuiz la tapi borang soal selidik untuk tahu pendapat para pelajar tentang pendidikan seks. patut atau tidak diajar di sekolah. solan pertama, wajarkah pendidikan seks diajar disekolah rendah? watdefuk, cuba kau bayangkan cikgu masuk kelas murid darjah satu : ok murid-murid hari ini kita akan belajar tentang seks. s-e-k-s seks, cuba ulang murid-murid. tak dapat aku bayangkan rusuhan yang bakal berlaku nanti.

past tu ada soalan pasal penyakit kelamin. bla-bla-bla. tanpa disedari kawan aku yang duduk sebalah pun tanya aku. "weh siot, onani tu ape?"

sila masukkan efek kilat disini

serius kau tak tahu onani tu ape. then aku terdengar member aku kat belakang tanya kawan dia. "onani tu apa?"

masukkan efek guruh pulak

celaka takkan kau tak tahu onani tu apa? bersihnya fikiran kau. tu belum tanya lagi bab yang lebih mendalam. sebab kesiankan member aku ni yang buat muke seposen tanya aku apa itu onani. aku pun bagi tahu la. "onani tu (kena sensor time puasa ni)" jawapan aku dibalas dengan ooooooooo yang panjang. fuhhh dapat pahala ke tidak ngajar orang bab macam ni ha?

p/s : mungkin aku patut ubah balik jawapan aku kat dalam kertas soal selidik tu.

Thursday, August 12, 2010

hari pertama puasa

time puasa ni aku tak nak la buat entry boring macam sesetengah orang buat. nak menunjuk diri baik sangat kononnya. asal puasa je cerita pasal sembahyang terawikh 50 rakaat semalam, baca Quran khatam 50 kali, duduk zikir je dalam masjid sampai tak kencing berak. mengarut je tu semua. kalau tak kencing berak sekalipun tak bermakna dah dapat tiket masuk syurga.

hari ni memang gelabah giler vavi. ops time puase kena kurangkan mencarut ye tapi dah terlepas nak buat macam mana, contohnya kalau kau kentut bukan boleh ditarik balik kan? jalan terbaik adalah dengan berwuduk agar gugur segala dosa. ok aku dah merapu, apa yang aku cerita tadi. sambung balik.

dah la aku bangun lewat, pukul lapan baru bangun tido sedangkan kelas stat pukul lapan setengah. mau tak gilernye kejar masa. kerbau pun tunduk malu kalau tengok aku mandi, kalah beb. then aku sumbat apa yang patut dalam beg(pastikan tiada makanan untuk elak fitnah), terus blah pergi klas.

sampai klas baru aku perasan aku tertinggal nota, tak pakai kad matrik(nasib baik tak terserempak dengan pak guard), dan sekejap apa bau tu. dem dem dem ketiak aku bau hangit sebelah, what??? aku sembur deodorant sebelah ketiak je ke. sewel tul la.

p/s : buat abang yang hisap rokok atas motor waktu tengah hari tadi. anda memang loser sebab hari pertama pun dah kalah pada nafsu.